This is an interesting project attempting to give Malaysian Youths a platform to be heard.
Lifted from their website: www.jombangkit.org
Apa itu Bangkit?
Bangkit adalah satu-satunya album yang bersejarah kerana tiada album sepertinya yang pernah dihasilkan sebelum ini di Malaysia! Dan ANDA adalah sebahagian yang terpenting dari itu!
Ini kerana album BANGKIT mewakili ANDA – pemuda Malaysia. Lagu-lagunya ditulis OLEH pemuda, UNTUK pemuda, dan menyuarakan aspirasi pemuda di seluruh negera. Dan ANDALAH yang akan memutuskan lagu mana yang akan dimasukkan ke dalam album Bangkit!
Read more below for more info about them or visit their website yourself: www.jombangkit.org .
Kita selalu dengar “Pemuda adalah masa depan negara.” Kalau begitu, kita mahu pemuda Malaysia mempengaruhi halatuju negara SEKARANG. Kami ingin suara, pendapat, dan perspektif kami diakui dan diambil kira dalam keputusan yang dibuat dalam negara kita ini. Lebih 60% penduduk Malaysia terdiri daripada para pemuda – tanpa pemuda, negara ini tidak boleh berfungsi! Jadi, dasar-dasar negara harus manfaatkan kita, kan?
Tetapi jika orang tidak tahu apa yang bermain dalam fikiran pemuda, bagaimana mereka boleh membuat keputusan untuk manfaatkan pemuda?
Itulah sebabnya kami ingin menyatukan pemuda seluruh negera untuk bercakap dengan satu suara – iaitu BANGKIT! Kami mahu semua orang memberi perhatian penuh kepada suara pemuda Malaysia! Melalui album BANGKIT ini, satu negara akan tahu apa yang ANDA fikirkan!
Kenapa saya harus sertai BANGKIT?
Kerana ini adalah negara anda dan anda mempunyai hak untuk didengar! Bangkit adalah peluang untuk anda memberitahu satu negara apa yang anda fikirkan! Negara macam apa yang kau inginkan? Bagaimana perasaan anda tentang negara kita? Apa yang anda cintakan di Malaysia?
Album Bangkit akan mewakili suara pemuda Malaysia dalam isu-isu ini dan ia akan disebarkan ke seluruh pelusuk negara! Inilah peluang anda untuk membawa perubahan positif dalam negara! Ini juga merupakan peluang untuk menunjukkan bakat anda kepada seluruh dunia kerana kami akan post lagu-lagu anda di YouTube dan Twitter!
Siapa yang akan mendengar kita?
Jika Bangkit hanya trerdiri daripada beberapa orang yang menyanyikan beberapa lagu sahaja, itu mungkin tidak akan membawa kesan yang besar. Itulah sebabnya kita perlu berganding bahu untuk mencipta hasil yang LUARBIASA. Supaya Bangkit benar-benar mewakili ANDA – pemuda Malaysia – kami ingin mencapai sasaran:
- 1 JUTA kunjungan halaman!
- 50.000 fans di Facebook!
- 100 lagu peserta!
Jika kita benar-benar mencapai sasaran ini, satu dunia akan dikejutkan. Kerana nombor-nombor seperti ini akan menunjukkan bahawa pemuda Malaysia telah benar-benar BANGKIT dan suara ANDA baik didengar!
Tetapi ini tidak mungkin dicapai dengan usaha penganjur BANGKIT sendiri … ANDA harus membantu dengan mengajak semua rakan-rakan turut serta. Itulah kunci untuk merealisasikan impian Bangkit ini!
.
Adakah saya akan mengundang masalah?
Ada beberapa syarat tentang jenis lirik lagu yang kami akan terima. Pihak Bangkit berhak meminta anda menulis semula lagu anda atau tidak menerimanya jika ia tidak mengikut syarat tersebut. Ini adalah untuk melindungi anda daripada mengundang masalah dari sesiapa pun. Anda boleh muat turun dan baca syarat-syarat ini dalam Borang Pendaftaran Bangkit.
Bagaimana hendak Bangkit?
Kami kini berada di fasa pertama projek Bangkit – pencarian lagu. Para pemuda akan mengirimkan lagu asli mereka yang menyatakan perasaan mereka tentang Malaysia. Kami akan paparkannya di laman web kami. Dan para pemuda akan mengundi untuk lagu-lagu yang paling mewakili perasaan mereka tentang Malaysia.
Fasa kedua adalah penerbitan album Bangkit. 20 lagu Bangkit yang paling popular akan dihantar ke juri profesional industri muzik tanahair. Mereka akan mengundi untuk 10 lagu terbaik untuk diterbitkan dalam album Bangkit. (Jadi, pastikan anda undi, undi, undi untuk lagu kegemaran anda) Bangkit kemudiannya akan dilancarkan pada akhir tahun 2010.
Fasa ketiga adalah konsert pelancaran Album Bangkit pada akhir 2010. Ini akan menampilkan persembahan oleh artis-artis tempatan (atau anda boleh mempersembahkan lagu anda sendiri jika dipilih). Kami sedang berbincang dengan beberapa artis terbaik Malaysia, tetapi semua ini masih belum konfirm buat masa kini, ya!
Bagaimana nak menyertai Bangkit?
3 langkah mudah – Nyanyikan, Hantarkan, Sebarkan:
Nyanyikan sebuah lagu asli yang menyatakan pandangan anda tentang Malaysia. Rakam demo ringkas (hanya guna webcam atau radio pun sudah cukup baik). Email mp3 rakaman anda dan borang pendaftaran Bangkit kepada kami. Kami akan paparkan pada jombangkit.org untuk undian para pemuda negara.
Hantarkan undian anda untuk lagu yang paling mewakili perasaan anda tentang Malaysia.
Sebarkan berita kepada setiap kenalan anda, ajak mereka buat sama seperti anda.
Siapa yang layak menyertai Bangkit?
Anda harus seorang warganegara Malaysia di bawah umur 30 tahun. (Maklumlah, ini kan projek pemuda Malaysia!) Itu sahaja!
Apakah jenis lagu boleh saya hantarkan?
Anda boleh menghantar lagu dalam apa-apa genre dan dalam mana-mana bahasa yang biasanya ditutur di Malaysia (termasuk bahasa pasar). Sertakan lirik lagu anda. Jika lagu anda bukan dalam bahasa Inggeris atau BM, sertakan lirik lagu dalam bahasa asalnya serta terjemahan BM.
Ingat syarat kami tentang lirik lagu!
Apakah jangkamasa kempen Bangkit?
Kami mula menerima lagu-lagu pada 1 April 2010. Tarikh penutupan ialah 15 MeiJun 2010. Namun tempoh undian adalah sehingga 31 Mei 30 Jun 2010.
Kalau saya tak boleh menyanyi atau menulis lagu?
Tak apa, pendapat anda masih amat penting. Anda boleh suarakan pendapat dengan mengundi untuk lagu yang paling mewakili perasaan anda. Ajaklah semua kawan-kawan anda untuk mengundi atau menyanyi juga! Ini penting kerana lagu-lagu yang menerima undian tertinggi akan mewakili aspirasi pemuda Malaysia!
Inilah peluang bagi SEMUA pemuda Malaysia untuk bersatu dan bersuara. Jadi pastikan semua kawan-kawan anda menyertai gagasan Bangkit!
Siapa penganjur Bangkit?
Bangkit adalah projek oleh Saya Anak Bangsa Malaysia. SABM adalah sekumpulan warga Malaysia yang menyumbangkan masa, bakat dan sumber (dan kadang-kadang, darah, keringat dan air mata) untuk mewujudkan Malaysia yang lebih harmoni. Mesej asas SABM adalah – Satu Bangsa, Satu Negara.
SABM tidak mempunyai sponsor koporat. Aktiviti-aktiviti dan roadshow ke seluruh negara dibiayai dengan jualan barangan SABM serta sumbangan rakan-rakan seperjuangan.
Dengan bekalan semangat kesukarelaan ini di dalam hati, projek Bangkit ini juga akan cuba dijayakan tanpa menggunakan wang jika boleh!
TIADA WANG? Betul ke?!
Betul! Malahan Bangkit tidak menawarkan sebarang hadiah pun! Kami sengaja TIDAK MAHU bergantung pada tarikan wang. Sebaliknya, kami 100% bergantung pada semangat warga Malaysia untuk menjayakan projeck Bangkit ini. Kami percaya orangramai akan menajakan semua yang kita perlukan kerana mereka cintakan negara ini. Kami percaya ANDA juga akan sertai BANGKIT dengan semangat yang sama.
Ini bunyinya macam mimpi gila, kan? Tapi sejarah memang dicipta oleh orang-orang yang agak luar dari yang biasa! Dengan Bangkit, anda juga berpeluang menjadi sebahagian daripada usaha mencipta sejarah di Malaysia!
APA LAGI? BANGKITLAH!
Siapkan lagu-lagu anda, sebarkan BANGKIT kepada semua kawan-kawan anda sekarang dan ajaklah mereka buat yang sama, sehingga SEMUA pemuda Malaysia boleh diwakili! Sudah tiba masanya satu dunia tahu apa yang ANDA fikirkan tentang Malaysia!
Mari kita gegarkan Malaysia dengan muzik anda!
Bagaimana menghubungi Bangkit?
Hubungi dengan kami di:
E-mel: [email protected]
Laman web: www.jombangkit.org
Twitter (ID: jombangkit)
Laman facebook kami